Pencapaian SPRM Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

Kuala Lumpur – Pencapaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2013 adalah terbaik dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, sebanyak 84 peratus daripada 315 kes yang didengar di Mahkamah Rendah adalah memihak kepada suruhanjaya itu, satu pencapaian yang melepasi standard antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2013 kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.