Pemecatan Khalid Dari PKR, Merupakan Masalah Dalaman Parti – Sultan Selangor

Shah Alam – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan untuk berjumpa dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu menteri besar Selangor, kata Datuk Mohamad Munir Bani. –

Menurut Mohammad Munir juga, Sultan Selangor baginda berpendapatan pemecatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan masalah dalaman parti itu dan tidak menjejaskan kedudukan Abdul Khalid sebagia ADUN Negeri Selangor dan Dato Menteri Besar Selangor.

“Baginda tidak mahu campurtangan dalam isu dalaman PKR” menurut Mohamad Munir dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan pihak istana telah menerima surat permohonan itu yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad untuk memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan oleh PKR.

Menurutnya, surat pemohonan ini telah disembah kepada baginda semalam dan baginda menitahkan supaya memaklumkan kepada Anwar Ibrahim bahawa baginda tidak berkenaan menerima Azizah mengadap untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telahpun menghadap baginda berkaitan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor.

 

surat sultan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Surat sultan 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

One thought on “Pemecatan Khalid Dari PKR, Merupakan Masalah Dalaman Parti – Sultan Selangor

  • August 12, 2014 at 7:06 pm
    Permalink

    Daulat Tuanku

    Padan dengan muka sheikh KETUM al juburi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.