Nealofa Enggan Komen, Gossip Kahwin Kerabat Diraja

Pelakon dan pengacara Noor Neelofa Mohd Noor, 25, yang kini hangat digosip bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja enggan memberikan kerjasama untuk ditemu ramah oleh pihak media berhubung perkara itu.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Neelofa ditemui ketika menjalani latihan pementasan teater berjudul Bahaya Wanita di Istana Budaya di sini malam tadi.

“Saya tidak mahu sebarang temu ramah. Maaf. Bulan ini dan bulan depan, saya tidak menerima sebarang temu ramah. Beri saya ruang,” ujar pelakon filem Lemak Kampung Santan itu.

Namun apa yang pasti Neelofa enggan mengesahkan atau menafikan desas-desus yang sedang hangat diperkatakan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.