MH17: 16 Mayat Warga Malaysia Dikenal Pasti

Kuala Lumpur – 16 mayat warga Malaysia yang terbabit dalam nahas MH17 sudah dikenal pasti dan usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka pulang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata nama mereka tidak dapat diumumkan sehingga perbincangan dengan waris dibuat.

Beliau memaklumkan Kuala Lumpur bekerjasama rapat dengan Kerajaan Belanda bagi tujuan berkenaan.

“Kami telah maklumkan kepada keluarga mangsa di Malaysia yang kerajaan akan memberi penghormatan apabila mayat mangsa dibawa pulang,” katanya dalam kenyataan.

Dalam nahas 17 Julai lalu, pesawat milik MAS dalam sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan.

43 daripada 298 penumpang dan anak kapalnya yang terkorban terdiri daripada rakyat negara ini.

Warga Belanda paling ramai dengan jumlah 195 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.