Khalid Pecat Semua EXCO Dari PKR Dan DAP

Shah Alam – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat kesemua Exco PKR dan DAP berkuatkuasa hari ini melalui surat kepada 6 Exco terbabit, kecuali Exco PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negara.

Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan empat Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Alasan pemecatan yang dipersembahkan kepada Sultan adalah kesemua Exco berkenaan telah berpakat dan mewujudkan satu blok yang bertujuan untuk melemahkan perjalanan pentadbiran negeri.

“Saya telah menghantar surat pemecatan berkenaan kepada semua mereka kecuali kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga dari PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negeri.

Ujar Khalid, surat juga sudah dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor” katanya.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco dari Pas.

Terdahulu, Exco-exco dari kedua-dua parti DAP dan PKR berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan bersama menyatakan akan terus melaksanakan tugas sebagai sebagai Exco.

“Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

“Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor.

Khalid bagaimanapun tidak mengulas mengenai kenyataan tersebut.

Kepimpinan PKR dan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan dijangka akan menyatakan pendirian mereka selepas mesyuarat.

 

Berikut adalah senarai exco dipecat:

 

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.