Isu Boikot: Jualan KFC Tidak Terjejas, KFC Tidak Menyumbang Kepada Israel

Hoong (dua, kanan) bersama kakitangan KFC menunjukkan menu baharu, KFC Bangkok Green Curry Chicken Meals dan Burger Zinger Green Curry

JUALAN produk KFC Malaysia tidak terjejas dengan agenda boikot produk atau barangan keluaran syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Israel, sejak akhir-akhir ini.

Pengurus Besar KFC Marketing, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, Kelvin Hong Kim Hoong berkata, perniagaan makanan segera itu tidak menerima kesan daripada boikot yang dilakukan oleh segelintir pihak terhadap salah satu produk makanan segera lain.

“KFC Malaysia juga tidak menyalurkan apa-apa hasil jualan keuntungan atau yuran francais daripada restoran-restoran untuk menyokong sebarang bentuk aktiviti politik.

“KFC Malaysia tidak mempunyai kaitan dengan mana- mana pihak dan ia milik Johor Corporation (JCorp) dan konglomerat Malaysia,” katanya dalam majlis pelancaran KFC Tasty Travels, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd sebagai francais induk kepada KFC Singapura, KFC Kemboja dan KFC Brunei akan mengadakan pelbagai kempen untuk mempromosikan produk makanan segera keluarannya.

Mengulas menu baharu yang dilancarkan itu, Hoong berkata, KFC menjangkakan empat kempen akan diadakan untuk meningkatkan jualan produk KFC Malaysia hingga hujung tahun ini.

“KFC menyasarkan menu terbaru KFC Tasty Travels iaitu KFC Bangkok Green Curry Chicken Meals dan burger Zinger Grenn Curry akan menyumbang 15 peratus kepada jualan,” katanya.

Harga KFC Bangkok Green Curry Chicken Meals bermula RM11.95 dan Burger Zinger Green Curry RM7.75.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.