Hina Sultan: Penganggur Dibicara 2 September

Kemaman – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 2 September bagi perbicaraan kes seorang penganggur dituduh menghantar komen jelik terhadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook, Mei tahun lepas.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas tertuduh Mohd Zamrudhisyam Mohamad, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Tertuduh didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Terengganu menerusi Facebook di Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Jalan Taha 1, Cukai di sini kira-kira 2.30 petang, 20 Mei tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Ahmad Zakhi Mohd Daud.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.