DAP Desak Beri Kenyataan Sokong Khalid Atau Tidak

Kuala Lumpur – DAP mendesak rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) mereka, PAS supaya menyatakan pendirian dalam krisis di Selangor, sama ada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim atau tidak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pendirian tersebut sangat penting kerana Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan sokongan kepada Khalid, tetapi PAS belum lagi.

“PAS perlu segera menyatakan pendirian sama ada mereka menyokong keputusan Umno atau tidak dalam memberi sokongan tidak bersyarat kepada Khalid untuk terus menjadi menteri besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DAP dan PKR sudah menyatakan pendirian menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi PAS masih belum membuat keputusan rasmi.

Lim berkata, jika PAS menyokong pendirian Umno, ia adalah isyarat jelas berakhirnya kesepakatan dalam PR di peringkat negeri dan nasional.

“Jika PAS enggan menyokong pertukaran menteri besar dengan pilihan calon PKR, ini akan menjadi petanda kepada perpecahan dan berakhirnya kesepakatan PR di peringkat negeri dan nasional,” katanya.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-perlu-nyata-pendirian-bersama-umno-sokong-khalid-atau-tidak-kata-dap#sthash.vJ392YRg.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.