Boikot McD: Burger Fizo Omar Untung Besar

Aktor dan pengacara kacak, Fizo Omar memberitahu perniagaan Hot Burger yang diusahakannya semakin maju dan meningkat sejak masyarakat Malaysia mula peka dan semakin timbul kesedaran terhadap isu boikot barangan Israel.

Menurut pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 28, dia bersyukur dan gembira kerana Hot Burger semakin menjadi pilihan ramai penggemar burger. Terutamanya timbul kesedaran orang ramai mengenai isu boikot makanan segera MCDonald’s.

“Ya, sejak isu boikot barang dan jenama produk Israel, diakui penjualan Hot Burger memang meningkat banyak. Sekarang ni gerai Hot Burger sudah ada 150 buah di seluruh Malaysia. Allhamdulillah.

“Saya gembira dengan sokongan orang ramai terhadap Hot Burger dan juga kepada produk-produk tempatan lain. Saya berharap ianya akan berterusan”katanya ketika dihubungi Malaysia Digest.com

Tambah pelakon filem ‘Cinderella’ ini lagi, dia juga dalam perancangan untuk menambah menu baru bagi mempelbagaikan lagi menu Hot Burger sekaligus memberi banyak pilihan kepada para pelanggannya. Selain itu pengacara ‘Nasi Lemak Kopi O’ ini juga dalam usaha mencapai sasaran untuk mewujudkan 350 gerai Hot Burger di Semenanjung Malaysia menjelang 2017.

“Sekarang ni gerai Hot Burger sudah ada 150 buah di seluruh Malaysia. Allhamdulillah. Akan datang kita memang nak tambah lagi gerai di seluruh Malaysia. Kita juga akan memperkenalkan menu baru iaitu burger daging dengan bentuk roti yang berbeza”, katanya yang mula mengusahakan perniagaan makanan itu sejak penghujung 2012.

Edar Burger Percuma Lagi
Dalam pada itu, Fizo berkata pemberian burger secara percuma yang diadakannya pada Jumaat lalu bukan bertujuan mengambil kesempatan mengenai khabar angin pemberian burger percuma oleh McDonalds Malaysia sempena hari memboikot produk Israel di masjid-masjid yang kononnya akan dijalankan juga pada hari tersebut.

Sebaliknya jelas Fizo, usaha yang dijalankannya itu sebagai tanda keprihatinan dan iniasitifnya dalam membantu menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang kini sangat menderita akibat di zalimi tentera rejim zionis.

“Bukan lah nak ambil kesempatan tapi ia adalah salah satu inisiatif kerja amal untuk mengutip derma dan dimasukkan ke dalam tabung amal Gaza. Ini adalah usaha kecil kami untuk bersama-sama membantu penduduk Palestin.

“Allhamdulillah, kita beraya edarkan lebih 200 biji burger pada hari tersebut. Alhamdulillah kita pada hari itu uga kita berjaya mengutip sejumlah dana yang agak besar dan kami akan sumbangkan kepada tabung Gaza

Kerana itu juga kami merancang untuk mengadakan aktiviti sebegini lagi dalam masa terdekat ini. Kita bercadang menjejah ke negeri yang ini sudah mempunyai francais Hot Burger iaitu di Selangor, Kelantan, Johor Bahru dan Melaka. Dan kita nak edarka sejumlah burger free di masjid-masjid”, ujarnya

Fizo turut memberitahu dia menyimpan hasrat mahu ke Gaza untuk menghulurkan bantuan dan melihat sendiri penderitaan yang di alami oleh rakyat negara bergolak itu.

“Sebelum ni ada beberapa rakan artis yang dah berpeluang ke sana dan menghulurkan bantuan. Saya juga turut menyimpan keingginan nak ke sana. InsyaAllah”, katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.