AS, Israel Beri Laluan Kepada ISIL Kuasai Iraq, Tentera AS Latih Anggota ISIL Di Pangkalan Rahsia Di Jordan Pada 2012

Pesawat F-18 milik AS yang digerakkan ke Iraq untuk membantu perangi ISIL didakwa hanya helah. Foto: AFP

BANGHDAD – IRAQ. Seorang penganalisis politik mendedahkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan sekutu Barat memudahkan kemaraan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL)  dengan menyediakan bantuan langsung kepada gerakan kumpulan itu.

Dalam temu bual dengan Press TV kelmarin, Mark Glenn seorang penulis berpangkalan di AS menyifatkan ISIL sebagai ciptaan agensi perisik Barat dan Israel untuk menumbangkan kestabilan di Iraq.

Glenn berkata, kemaraan ISIL yang dilihat sangat cepat hingga mampu menguasai utara Iraq dan menawan beberapa wilayah dalam tempoh 24 dan 36 jam hingga menyebabkan 500,000 penduduk bergelar pelarian dalam tempoh kurang sejam. 

“Ini menjadi tanda tanya utama. Tindakan ini hanya boleh berlaku jika ada bantuan langsung. Saya pasti, mereka mendapat bantuan ini dari AS, Israel dan kuasa-kuasa Barat,” katanya.

Menurutnya, dakwaan itu bersandarkan selepas AS membuat keputusan untuk melancarkan serangan balas yang dilihat sangat terhad sedangkan krisis kemanusiaan terlalu kritikal hingga ribuan menjadi korban sejak dua bulan lalu.

“Niat Washington untuk membantu Iraq dilihat tidak telus. AS sentiasa mempunyai agenda tersembunyi dengan melakukan pendekatan psikologi sebelum merancang untuk mengambil sesuatu dari anda” katanya.

Jun lalu, laman web berita AS WorldNetDaily melaporkan seorang pegawai yang enggan dikenali sebagai berkata, tentera AS ada melatih anggota ISIL di pangkalan rahsia di Jordan pada 2012.

Laporan itu turut mendakwa, menurut sumber rapat pegawai tinggi dalam kerajaan Iraq, AS mengetahui terdapat gerakan latihan ketenteraan dari kumpulan terbabit.

Krisis di Iraq ini adalah gelombang keganasan baharu selepas ISIL meluaskan kawalan di rantau negara Arab sejak awal Jun lalu menurut Press TV/ AlAhram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.