Anwar Mahu Exco PAS Boikot Mesyuarat Esok

Petaling Jaya – PKR dan DAP menuntut Exco PAS agar memulaukan mesyuarat esok ekoran pemecatan enam Exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim petang tadi.

Perkara itu dijelaskan sebentar tadi sebagai bantahan terhadap tindakan Khalid.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media tergempar yang diadakan malam tadi berkata beliau yakin bahawa semua ADUN PKR dan DAP tidak akan mengkhianati atau meninggalkan parti berikutan perkara ini.

Ketika ditanya kemungkinan ada ADUN yang bakal meninggalkan parti dalam krisis ini beliau dengan yakin berkata semua mereka berada bersama beliau dan baru sahaja bermesyuarat di tingkat atas ibu pejabat parti.

“Saya yakin. Semua mereka (ADUN) berada di tingkat atas,” katanya.

Manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesa PAS untuk bersama-sama menunjukkan solidariti sekiranya masih menghormati konsep kerajaan pakatan yang diperjuangan sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memohon agar semua exco PAS menunjukkan solidariti bersama mereka yang dipecat.

“Saya telah menghubungi setiausaha agung PAS untuk meminta beliau sampaikan mesej kepada seluruh pucuk pimpinan PAS (untuk) bersolidariti dengan enam exco ini agar exco mereka (PAS) tidak datang esok,” katanya lagi.

Selain Anwar turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Terdahulu, Abdul Khalid menyatakan semua Exco PKR dan DAP dipecat melalui surat yang dihantar iaitu tiga dari DAP dan dua dari PKR berkuatkuasa serta.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco dari Pas.

Dalam perkembangan  yang sama, semua Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan masih belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden Pas, Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Lewat petang semalam, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel dekat Kuala Ibai di sini.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai berjaya membawa perkembangan positif.

Usaha media mendapatkan kenyataan daripada Abdul Hadi berhubung pertemuan itu bagaimanapun masih tidak berjaya sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.