KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta privasi dan soal perkahwinannya dihormati orang ramai.
Menurut pewaris takhta Pahang itu perkahwinan adalah pilihan hidup yang penting yang harus dibuat dengan teliti.
Kenyataan Tengku Mahkota Pahang yang berusia 29 tahun itu di akaun instagramnya this.7 itu sebagai menyangkal khabar angin kononnya baginda akan berkahwin dalam tempoh terdekat ini.
“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.
“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya,” catat baginda.
Buat masa ini, Tengku Hassanal, baginfakomited untuk berkhidmat kepada Raja dan negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
“Sokongan anda semua amat saya hargai.Terima kasih.
“Tak de kahwin, jangan kacau saya,” katanya.