Najib Gagal Dapatkan Dokumen Berkaitan 1MDB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dengan syarikat milik ahli keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Hakim Collin Lawrence memutuskan demikian pada hari ini yang ditetapkan untuk mendengar keputusan bagi permohonan Ahli Parlimen Pekan itu.

Beliau berkata permohonan berkenaan adalah pramatang.

Mahkamah sama juga menolak permohonan Najib bagi mendapatkan rekod telefon bimbit pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner.

Pada 24 Mac lalu, Najib, 67, memfailkan permohonan untuk mendapatkan 19 dokumen bank bagi beberapa buah syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Dr. Tawfiq Ayman yang merupakan suami kepada Zeti.

Najib sekali lagi pada 5 April juga memohon dibekalkan dengan beberapa lagi dokumen termasuk perjanjian penyelesaian Malaysia dengan Goldman Sachs.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat