Kerajaan PH Tetap Dengan Keputusan Iktiraf Sijil UEC Sekolah Persendirian Cina

KUALA LUMPUR — Menteri pendidikan menegaskan kerajaan mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) untuk sekolah persendirian Cina.

Maszlee Malik berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpegang teguh dengan janji dalam manifesto dan pasti melaksanakannya, lapor The Star Online.

“Kita akan pastikan apa juga dasar atau keputusan yang telah dibuat, tidak akan ditukar atau berdolak-dalik, dan ia mesti menyeluruh,” katanya.

Dalam manifesto pilihan raya umum lalu, PH berjanji untuk mengiktiraf UEC, yang ditolak sebelumnya, bagi kemasukan ke institut pendidikan tinggi awam.

Namun Maszlee sebelum ini dilaporkan berkata kajian menyeluruh diperlukan sebelum ia, yang diperjuang oleh aktivis pendidikan Cina, diiktiraf. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.