Wanita Kelantan Dikecam, Marah Bomba Pakai Kasut Dalam Rumah

Seorang pengguna Facebook menerima kecaman netizen akibat menegur tindakan anggota bomba yang menghantar bantuan dengan memakai kasut masuk ke dalam rumah mangsa.

Menggunakan nama akaun Aya Nur Kasih, dia menyelar tindakan anggota bomba yang menghulurkan bantuan untuk menangkap ular itu dalam loghat bahasa Kelantan.

“Kepada abe-abe (abang-abang) dan pokcik pokcik (pak cik) bomba tu kalau nak naik rumah ore (orang) nak igat (tangkap) ular tok (tak Boleh) leh ko (ke) tolong pecat (buka) kasut… Buke (bukan) polis nak ambat (kejar) ore (orang) jahat..,” tulis Aya.

Status screenshot Aya mengkritik anggota bomba itu telah dikongsi di akaun pelayar Facebook Kawe Anok Kelate.

“Kak jange panggil BOMBA la kalu ado nk igat gapo-gapo.. Panggil JPJ..,”sindir page Kawe Anok Kelate terhadap Aya.

Perkongsian page Kawe Anok Kelate berstatus Aya itu mendapat lebih 1,800 komen netizen dan hampir 1,600 shares.

Semenjak status tersebut viral, Aya mengambil tindakan untuk drastik dengan menyahaktifkan (deactivated) akaun Facebook miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.