Video: Maklum Punca Kematian Thaqif Diputuskan Polis – Dr Subra

PUTRAJAYA: Keputusan memaklumkan hasil laporan penuh bedah siasat kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, kepada keluarga bergantung sepenuhnya kepada pihak polis.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, pihaknya sudah memaklumkan hasil siasatan kepada polis kerana kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk sebagai bukti di mahkamah dan terpulang kepada keluarga Allahyarham untuk melantik peguam berhubung perkara itu, namun menegaskan kes dikendalikan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jika mereka mahu datang berbincang dengan doktor kementerian, kita terbuka untuk berbincang dan memberi keterangan,” katanya kepada pemberita, pada Selasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.