Unta Sarkas Berlari Di Jalan Raya, Timbulkan Kesesakan

SYDNEY – Seekor unta sarkas yang terlepas menyebabkan kesesakan lalu-lintas dan menceroboh padang golf tentera sebelum berjaya ditangkap semula polis Australia.

Menurut AFP, pengguna jalan raya pada waktu puncak di ibu negeri Northern Territory, Darwin, terpaksa mengelak haiwan berkenaan ketika polis mengejar ke arah Kelab Golf Tentera Udara Diraja Darwin, sebelum dikepung.

“Ia menyebabkan kesesakan lalu-lintas beberapa minit ketika ia berlari di beberapa jalan raya,” kata Superintendan Polis, Rob Burgoyne, lapor BH.

Saksi menggambarkan keadaan itu sebagai ‘pelik’ ketika cubaan dibuat untuk menjinakkan haiwan berkenaan.

“Saya sedang berjalan apabila terdengar seorang lelaki menjerit ‘jangan lari atau unta itu akan terus berlari’.

“Apabila mereka cuba menangkapnya, unta itu mula berlari dan menyeberangi jalan,” kata saksi, Meng-Hsuan Lee, kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Polis mengaku dalam Facebook bahawa kejadian itu memberikan cabaran luar biasa kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.