Terus Perkasakan Dasar Luar Malaysia – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR – Dasar luar dan diplomasi Malaysia perlu diperkasakan bagi menjamin keamanan dunia dan negara serantau yang lebih baik pada masa depan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muhizzudin Shah, bertitah usaha ini boleh dijayakan secara menyeluruh bersama negara jiran dan serantau. “Beberapa elemen sudah berada di tempatnya.

Dasar ini juga perlu mengutamakan kebajikan manusia, bukan negara sahaja.

“Negara adalah asas dan instrumen untuk mencapai matlamat ditetapkan. Ia juga perlu mengambil kira aspek keamanan, kemakmuran dan keadilan selari dengan undang-undang antarabangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Titah Amanat 2017 bertema ‘Diplomasi Abad ke-21’ anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di sini , hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Ramlan Ibrahim; dan Ketua Pengarah IDFR, Datuk Mohamad Sadik Kethergany.

Baginda yang juga Penaung IDFR bertitah, dasar itu perlu tegas menjadikan perang sebagai jenayah melainkan ia terpaksa untuk mempertahankan diri. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.