Saya Bukan Bogel Kata Faizal Tahir

Penyanyi Faizal Tahir tidak mahu endah kritikan dilemparkan peminat terhadapnya kerana memuat naik gambar tidak berbaju di akaun Instagramnya.

Didakwa sering tak berbaju Faizal yang membuat perkongsian tidak berbaju bersama dua anak lelakinya ketika mengerjakan ibadah umrah itu menegaskan ia tidak perlu dijadikan satu isu kerana perkara itu merupakan perkara kelaziman.

“Sejujurnya, tiada apa yang harus diperkatakan mengenai perkara itu kerana sebelum ini saya pernah buka baju dan satu malaysia tengok di TV.

“Biarlah mereka berdebat kerana bagi saya gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Sewaktu saya mengambil gambar itu, saya tengah pakaikan ihram dalam bilik air sebelum mengajak anak mengambil gambar bersama.

“Setakat tunjuk separuh badan semasa ihram bagi saya tiada masalah kerana bukannya saya buka seluar ataupun berbogel dan ia bukan aurat,” katanya seperti memetik AstroGempak yang ditemui pada majlis sidang media Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), di Hotel Impiana, KLCC, pada Isnin.

Menurut Faizal, dia dapat melihat pemikiran manusia yang positif, negatif dan berfikiran cetek menerusi komen yang diberikan peminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.