Sakinah Selar Netizen, Tak Tahan Dikritik Bersenam Lepas Bersalin

Pelakon Sharifah Sakinah menyelar netizen sebelum menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Sakinah yang kini kembali aktif bersenam tiga hari lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Anais Adha dikritik bermula dari dirinya yang didakwa tidak menjalankan proses berpantang yang betul seperti dilakukan ibu bersalin.

Sakinah yang memuat naik foto dirinya menjalankan aktiviti kecergasan di laman IGnya turut membidas komen negatif netizen.

“Mummy yang workout korang yang panas. Zzzz,” tulisnya.

Sakinah selamat melahirkan bayi pertamanya, Anais pada 24 Mei lalu.

Anais merupakan anak hasil perkahwinan Sakinah bersama seorang juruterbang, Alif Adha. Mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.