RM5,500 Duit Raya Buat Peminat Kata Aiman Tino

Penyanyi Aiman Tino, 19, tidak kisah untuk berkongsi rezeki dengan peminat pada perayaan tahun ini.

Menurut penyanyi muda itu, dia mengeluarkan RM5,500 untuk dijadikan duit raya kepada peminat dan sanak saudaranya.

“Alhamdulillah, sambutan Syawal kali ini disambut dengan sederhana tetapi meriah. Ini merupakan kali pertama saya meraikan Aidilfitri sebagai seorang penyanyi.

“Tahun ini juga menjadi tahun pertama saya memberi duit raya. Saya membelanjakan wang sebanyak RM5,500 untuk diberi kepada sanak saudara serta pengunjung dan peminat yang datang ke rumah.

“Kebetulan, saya ada mengadakan sambutan rumah terbuka dan menjemput peminat. Seramai 3,000 orang peminat berkunjung ke rumah terbuka saya dan saya juga memberikan memberikan kanak-kanak duit raya.

“Biar pun ada yang mengatakan saya masih muda dan layak mendapat duit raya, tetapi saya tak kisah mengeluarkan sejumlah wang untuk berkongsi rezeki dengan peminat,” kata Aiman seperti laporan AstroGempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.