Jadi Tanda Tanya, ‘Lembaga Hitam’ Sebelah Gambar Aaisyah

Sekeping foto keluarga pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi tular di laman sosial beberapa hari lalu gara-gara kelibat ‘lembaga hitam’ yang menjelma di belakang anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Di laman Instagramnya, Che Ta yang berkongsi gambar percutian keluarganya di The Shorea bersama adik beradiknya yang lain.

Beberapa gambar Che Ta sekeluarga menunjukkan ada kelibat tersebut di sebelah Aaisyah.

Jika dilihat dengan teliti lembaga itu turut mempunyai tangan kecil tanpa kepala.

Ramai peminat yang bertanya apakah “benda hitam” yang kelihatan di sebelah anak kedua pasangan selebriti itu.

Segelintir ada yang mendakwa mungkin hanya anak patung sahaja.

Namun ada pula yang menyifatkan ia merupakan lembaga kanak-kanak yang menakutkan dan biasa menyakat jika berada di tempat yang baharu dikunjungi.

Bagaimanapun tiada maklum balas daripada Che Ta berhubung perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.