Nana Debar Berduet Dengan Jac

KUALA LUMPUR 11 Julai – Sejak dimuat naik di YouTube pada 22 Mac lalu, lagu Terus Mencintai, dendangan Siti Nordiana, 33, berjaya mendapat tontonan lebih 2.6 juta

LAGU Terus Mencintai, ciptaan Siti Nordiana mendapat sambutan hangat.Menurut Siti Nordiana atau Nana, Terus Mencintai merupakan lagu pertama ciptaannya dan lirik ketiga penulisannya.

“Awalnya saya memang tidak jangka lagu itu akan mendapat sambutan hangat dan saya beri tempoh setahun untuk lagu itu melekat di hati pendengar. Alhamdulillah, lagu itu kini menjadi siulan ramai.

 

“Saya memang sengaja ambil Alif Satar sebagai model untuk klip video Terus Mencintai kerana saya senang bekerjasama dengan dia. Lagu itu tidak ada kena mengena dengan drama lakonan kami bersama sebelum ini,” jelas Nana kepada Utusan Online.

Powered By YuMeTambah Nana, lagu itu diinspirasikan daripada pengalaman cintanya sewaktu zaman remaja yang tidak kesampaian.

“Lirik lagu itu menggambarkan betapa besarnya cinta si wanita kepada lelaki berkenaan, sedangkan cinta lelaki tersebut tidak sebesar dan seagung cinta yang dia terima.

“Menulis lirik lagu berdasarkan pengalaman sendiri, lebih cepat menangkap di hati apabila kita menyanyi. Tak sangka ramai pula yang mengalami pengalaman sebegitu,” kata ibu kepada Muhammad Rayyan Nakhaie, 9.

Selepas Terus Mencintai, Nana akan tampil dengan lagu Nisan Cinta, lagu tema untuk drama 100 episod, Dendam Aurora, ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang menggandingkan dia dengan Jaclyn Victor.

“Pihak produksi drama yang mahukan saya berduet dengan Jac (Jaclyn) . Mula dapat tahu berita itu, saya rasa seronok dan takut. Siapa yang tak takut dengan Jac kerana semua orang sedia maklum nada suaranya macam mana.

“Saya takut tak boleh sampai kepada tahap nada suaranya. Lagu ini kalau nyanyi secara langsung, tanpa bersedia atau rehat yang cukup memang susah. Saya dan Jac perlu buat suara harmoni yang banyak. Apapun saya bersyukur kerana dapat berduet dengan penyanyi seperti Jac,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.