Lepas Bunuh, Lelaki Swafoto Dengan Mayat Bapa Tiri

Maryland (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki mencekik mati bapa tirinya sebelum mengambil swafoto bersama mayat mangsa yang dimuat naik ke Twitter.

Menurut Agensi, Navar Terrance Beverly, 38, ditangkap kerana disyaki membunuh bapa tirinya Ronald Francis Pinkney, 65, di Bowie, Maryland, lapor Metro.

Sehubungan itu, dia ditangkap Sabtu lalu selepas aksi dikejar polis di lebuh raya. Polis turut mengesahkan pernah dihubungi untuk menyelesaikan pertelingkahan antara lelaki itu dan mangsa beberapa kali sebelum ini.

Polis dikejarkan ke tempat kejadian selepas seorang saksi dipercayai ibu Beverly dilaporkan menghubungi talian kecemasan mendakwa ‘Anak saya membunuh suami saya.’

Dalam pada itu, pemanggil itu turut mendakwa Beverley berkata, mayat Pinkney ada di garaj rumah berkenaan.

Laporan saksi mendakwa Beverly mencekik Pinkney sebelum memuat naik beberapa gambar di akaun Twitternya pada 7 Julai lalu termasuk swafoto dengan mayat mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.