Kapal Angkasa Juno Milik NASA Dekati Ribut Gergasi Di Planet Musytari

SAN FRANCISCO – Kapal angkasa Juno milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bersiap sedia untuk memerhatikan Titik Merah Besar di Planet Musytari pada jarak paling dekat lewat kelmarin, lapor Agensi Berita Anadolu.

Titik Merah Besar merupakan ribut gergasi yang sedang berlaku dan menjadi mercu tanda Musytari yang paling popular.

Sehubungan itu, titik itu yang diperhatikan oleh ahli astronomi dan penggemar angkasa lepas sejak beberapa ratus tahun lalu, mempunyai lebar 16,000 kilometer dan berupaya menelan dua planet sebesar Bumi.

NASA dijadualkan melihat ribut gergasi itu pada pukul 9.55 pagi semalam apabila ia berlegar pada ketinggian 9,000 kilometer di atas awam Musytari, cukup dekat untuk Juno mengumpulkan data tentang ribut misteri itu, lapor Bernama.

Tidak seperti kapal angkasa lain yang pernah melawat Musytari, peralatan Juno dibina khusus untuk ‘mengintai’ menembusi awam gas Musytari bagi mendapatkan pemandangan persekitaran planet itu dengan lebih jelas.

Terdahulu, Juno dilancarkan dalam tahun 2011 dan mula mengorbit Musytari setahun lalu.

Ribut gergasi itu berlaku di Planet Musytari sejak sekurang-kurangnya tahun 1830, demikian menurut NASA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.