Heboh, Penampakan Pontianak Dalam Rancangan Pencarian Bakat Dangdut

Program pencarian bakat penyanyi dangdut yang bertajuk `Dangdut Academy Indosiar’ semakin terkenal dan popular di Indonesia. Namun baru-baru ini, program berkenaan menjadi kecoh apabila netizen melihat kelibat `pontianak’ dalam rancangan berkenaan.

Netizen percaya ada penampakan hantu di atas pentas Dangdut Academy 4 itu ketika Duo Alfin sedang mengadakan persembahan.

Gambar hantu itu mengejutkan netizen namun ada antara mereka yang sempat bergurau kononnya hantu berkenaan turut sama mahu berpesta.

Hantu itu digambarkan berambut panjang dan memakai pakaian putih. Sedangkan ketika itu tiada siapa-siapa yang membuat persembahan di atas pentas selain kumpulan Duo Alfin tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.