Akta SOSMA, POTA dan MKN Lebih Demokratik, Tidak Kejam Seperti ISA

Pelaksanaan akta ‘hard power’ seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 adalah mirip akta keselamatan digunakan seluruh dunia.

Dakwaan pembangkang menuduh pewartaan tiga akta ini sebagai bukti Malaysia membelakangi amalan demokrasi jelas merupakan ‘spin’ politik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Dakwaan tersebut adalah putar belit fakta. Ini kerana akta-akta di atas adalah akta pencegahan yang memenuhi peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan negara,” katanya dipetik blog beliau, hari ini.

Berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuhkan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memegang pemerintahan negara, SOSMA, POTA dan MKN kata Salleh lebih demokratik.

“ISA digunakan dalam tragedi Memali pada tahun 1985, digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang dan akitivis NGO dalam Operasi Lalang pada tahun 1987, dan digunakan untuk menyekat cabaran Anwar Ibrahim terhadap kepimpinan negara pada tahun 1998.

“Bezanya ialah dahulu akta (ISA) ini digunakan untuk mengekalkan kuasa kepimpinan pemerintah, tetapi sekarang ini, akta pencegahan (SOSMA, POTA dan MKN) ini digunakan untuk mengawal keselamatan negara,” jelasnya.

Tambah Salleh, tahanan SOSMA boleh mencabar penahanannya di mahkamah dan pendakwaan mengekalkan andaian ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, bukan seperti ISA yang menahan individu tanpa bicara.

“Jelasnya SOSMA itu bukan ISA. Pertanyaannya, apakah pemerintah dahulu yang menahan lawan politiknya di bawah ISA itu demokratik, manakala kerajaan sekarang yang menghapuskan ISA sebagai tidak demokratik?

“Kita perlu bersikap adil dalam menilai hal ini. Ini kerana kerajaan pada hari ini lebih demokratik dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk negara,” ujarnya lagi.

Pendakwaan pertama SOSMA dikenakan terhadap pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah dimana 104 warga Filipina dikaitkan dengan pengganas Jamalul Kiram III telah diberkas.

Akta bagi membanteras keganasan itu juga pernah dikenakan terhadap pemimpin NGO pro pembagkang, Maria Chin Abdullah diatas cubaan menjejaskan keharmonian negara menerusi himpunan Bersih 5.0.

Turut ditangkap dibawah akta sama, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang mengetuai Gerakan Baju Merah berdemonstrasi pada hari sama perhimpunan Bersih.

Jamal dan Maria kemudiannya dibebaskan selepas beberapa hari direman pihak polis. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.