‘Air Tebu Perisa Kencing Anjing’ Kata Netizen

Sejak semalam tular di media sosial, tebu di Taman Melawati disifatkan berperisa air kencing anjing.

Menerusi status perkongsian, Red Barron menasihatkan penggemar minuman tebu supaya berhati-hati apabila membeli air tebu di kawasan Taman Melawati Hulu Kelang.

“Anjing hati-hati pada penggemar minum air tebu.

“Pagi ini saya lihat dua ekor anjing kencing berkali-kali pada batang tebu yang disandarkan.

“Tuan tebu tak tiba lagi tapi anjing-anjing ni dah bagi perasa pada tebu-tebu ni,”tulisnya.

Seorang daripada pelayar Dalie Yana menulis, “Eeee…patutla sedappp…
rupanye ada perisa terbaik…dalam hati tak pernah rasa pon air tebu dia,”sindirnya.

Manakala rata-rata netizen menyifatkan perkara itu selalu berlaku kepada peniaga tebu.

Abdul Hamid Ismail menulis,”Banyak kejadian macam itu terjadi pada penjual air tebu tepi jalan, sejak itu saya tak pernah beli lagi,”tulisnya.

Azimah Alwi menulis ,”Eeeiii…nasib baik tak minum air tebu…”.

Sementara itu, segelintirnya meninggalkan komen supaya pengguna turut berhati-hati bagi mengelak jangkitan kencing tikus.

“Tikus mungkin datang malam-malam,” kata Hairudin Kadir.

“Hati-hati selepas ini jangan minum di situ lagi,”katanya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.