Najib Sampaikan Zakat Kepada 5,981 Asnaf Di Pekan

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima wang zakat daripada lapan agensi korporat dan seorang individu untuk disumbangkan kepada 5,981 golongan asnaf dalam Parlimen Pekan yang diwakili beliau.

 

Selain sumbangan Najib dan keluarga, zakat yang keseluruhannya berjumlah RM1.6 juta itu turut disumbangkan oleh Bank Rakyat, Affin Islamic Bank Berhad dan SME Bank.

 

Yang turut menyampaikan zakat UDA Holdings, Tabung Haji, Roadcare, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) serta ahli perniagaan, Datin Mariamah Mohamad. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.