Bantuan Kewangan RM120 Juta Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM120 juta bagi membantu 40,000 orang golongan kurang bernasib baik di Kelantan pada tahun ini.

 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata golongan berkenaan termasuk ibu tunggal, anak yatim, orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU).

 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, bantuan itu disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam bentuk elaun yang diberikan setiap bulan kepada golongan berkenaan.

 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian baju raya kepada 416 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sebuah pasaraya di sini, hari ini.

 

Mustapa juga berkata, Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada 42 PDK di negeri ini bagi tujuan pembayaran elaun guru-guru di pusat terbabit. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.