Tujuh Beranak Bergantung Kepada Wang Bantuan RM450

MIRI: Tujuh beranak bergantung hidup kepada wang bantuan RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meneruskan kehidupan.

Lu Yew Kiik, 35, berkata walaupun jumlah tersebut kecil, beliau tetap bersyukur kerana kesusahan hidup mereka sekeluarga telah mendapat perhatian kerajaan.

Beliau yang hanya suri rumah tangga berkata, perbelanjaan mereka sebelum ini termasuk bayaran bulanan sewa bilik sebanyak RM300, ditanggung oleh suaminya yang kini bekerja di Johor.

“Suami saya tidak mempunyai gaji yang tetap. Wang yang diberikan masih tidak mencuku-pi untuk menanggung perbelan-jaan kami sekeluarga di sini,” katanya ditemui di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau di sini semalam.

Lu memberitahu, beliau menerima bantuan tetap JKM bermula bulan ini setelah mengemukakan permohonan pada April lalu.

Begitupun, beliau tidak dapat menahan rasa sedih mengenang masalah kesihatan yang ditang-gung oleh dua anaknya.

Anak perempuan bongsunya berusia sembilan bulan menghidap penyakit jantung berlubang, sementara salah seorang anak lelakinya berusia tiga tahun menghidap penyakit asma dan sawan.

“Ibu sentiasa bersama saya. Dia sentiasa memberi sokongan kepada saya. Dia akan membantu sedaya termampu untuk saya dan keluarga,” kata Lu ketika men-emui Pengerusi SUPP Piasau, Datuk Sebastian Ting.

Ting memberitahu, beliau akan cuba mendapatkan ban-tuan perubatan untuk kedua-dua anak Lu.

“Kita juga akan cuba menda-patkan permohonan rumah kos rendah untuk keluarga ini agar mereka mempunyai kediaman sendiri,” katanya.

Ting sebelum itu menghulur-kan sumbangan RM1,030 ke-pada keluarga tersebut. Mereka juga menerima sumbangan Komputer Riba 1Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.