Serangan Gaza : Emma Maembong Di Hentam Peminat

Kuala Lumpur – Keprihatinan pelakon Emma Maembong terhadap nasib penduduk Gaza yang diserang Israel disalah erti peminatnya.

Ia timbul selepas dia membandingnya dengan kemenangan Jerman ke atas Brazil pada pertandingan separuh akhir Piala Dunia 2014 awal minggu ini.

Dalam komennya di Instagram, Emma mempersoalkan sikap peminat bola sepak yang segera memberi komen selepas Jerman membelasah Brazil , tujuh berbalas satu.

Dakwanya dalam masa sejam, mendapat reaksi daripada 300,000 komen di laman sosial twitter.

Sedangkan tujuh nyawa penduduk Palestin melayang kerana keganasan Israel, tiada siapapun peduli dalam tempoh masa yang sama.

Kemuncak daripada ketegangan sesama pengikut Emma di laman Instagram sehingga ada peminat melemparkan komen melampau.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/12/niat-baik-emma-disalah-erti/#ixzz37GUwMq6w

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.