Peragut Tua Kena Belasah

KUCHING: Seorang peragut tegar sempat menuduh orang awam menyalahi undang-undang kerana membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut petang kelmarin.

Peragut terbabit yang dikenali sebagai Abdul Aziz, 50, berkata demikian apabila ditahan dan dibelasah orang awam selepas dikatakan terlibat meragut seorang wanita di Jalan Swasta di sini sekitar jam 4.30 petang kelmarin.

Difahamkan, suspek semasa kejadian bersama tiga rakannya menunggang dua motosikal di kawasan berk-enaan sebelum berhenti di hadapan sebuah kilang dan berpura-pura bertanyakan rakan mereka kepada seorang wanita berusia 65 tahun.

“Belum sempat wanita (mangsa) itu menjawab, suspek terus meragut beg tan-gannya serta menumbuknya di kepala menyebabkan mangsa terjatuh dan suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mujur, menantu mangsa juga berada di tempat kejadian, di mana dia kemudian bertindak melanggar motosikal yang ditunggangi sus-pek menggunakan keretanya menyebabkan suspek terjatuh dan ketika itu orang awam terus menahan dan membe-lasahnya,” kata sumber.

Tiga lagi suspek berjaya melarikan diri bersama beg tangan mangsa yang men-gandungi wang tunai sekitar RM4,500 serta beberapa dokumen peribadi.

“Suspek yang diserahkan kepada pihak polis kemu-dian tanpa segan silu menuduh orang awam menyalahi un-dang-undang kerana membe-lasahnya dan langsung tidak menyedari bahawa dirinya juga telah melakukan jenayah.

“Dia bagaimanapun tidak dipedulikan dan terus dibawa ke Balai Polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah ditahan dan dijatuhi hukuman atas kesalahan yang sama.

Mangsa yang diiringi ahli keluarganya juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dirujuk ke hospital berdekatan untuk ra-watan berikutan kecederaan yang dialaminya.

 

 http://www.theborneopost.com/2014/07/12/peragut-tegar-sempat-berlagak-biarpun-dibelasah-orang-awam/#ixzz37E5QdUs8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.