Najib Doakan Kesihatan Tun Dr Siti Hasmah Sempena Sambutan Hari Jadi

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik bersempena dengan hari kelahiran beliau pada Sabtu.

“Selamat hari jadi Tun Dr Siti Hasmah! Semoga sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik. Insya-Allah,” kata beliau dalam tweet terbaharunya.

Dr Siti Hasmah menyambut ulang tahun kelahiran ke-88 hari ini.

Suaminya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menyambut ulang tahun kelahiran ke-89 pada 10 Julai lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.