MP PAS Didakwa Sekongkol Dengan Golongan “Cauvinis Cina Kristian Evangelis” Untuk Hina Islam

Kuala Lumpur – NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyelar tulisan MP Shah Alam, Khalid Samad yang menyeru masyarakat menolak NGO cauvinis Islam.

Ahli jawatankuasa ISMA Mohd Hazizi Abd Rahman turut menggelar Khalid sebagai pelampau “Islamis liberalis” yang didakwanya bersekongkol dengan golongan “cauvinis Cina Kristian Evangelis” untuk mengina Islam.

Mohd Hazizi mendakwa, golongan seperti Khalid hanya membutakan mata terhadap seruan “asabiyah kaum Cina” untuk menyemai kebencian ke atas orang Melayu.

Mohd Hazizi mengaitkan golongan ‘Islamis liberalis’ itu dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja, yang didakwa sebagai “helah untuk memurtadkan orang Melayu”.

“Mereka membisu seribu bahasa di hadapan tindakan menghina agama Islam yang bertalu-talu dilakukan oleh orang-orang Cina.

“Bukan itu saja, bahkan mereka bersekongkol dan ¨bersekedudukan¨ dengan puak cauvinis Cina Kristian Evangelis menuntut penggunaan nama suci Allah dalam penerbitan gereja sebagai satu helah untuk memurtadkan orang Melayu.

“Mereka menjadi perkakas bagi agenda asing yang diterajui oleh kumpulan yang menggabungkan antara fahaman fanatik perkauman ultra kiasu dan agama liar ciptaan Yahudi,” katanya dalam tulisan disiarkan laman ismaweb.net.

Beilau berkata “fahaman kaum dan kebangsaan” yang menjadi hujah utama tulisan Khalid itu juga hanya menggunakan “model taksub bangsa”.

“Puak ini apabila berbicara mengenai agama, mereka memakai fahaman agama seperti yang difahami oleh sami Buddha di Myanmar yang membunuh muslimin Rohingya, sama seperti agama yang difahami oleh kumpulan teroris Ku Klax Klan.

“Islam mereka samakan dengan Kristian Ortodoks di sisi tentera Serbia yang merogol wanita muslimah Bosnia beramai-ramai.

“Oleh sebab itu, apabila bercakap mengenai hubungan antara fahaman kebangsaan dan Islam, mereka hanya terbayangkan model-model taksub bangsa daripada orang-orang kafir yang sesat itu, sedangkan tiada titik pertemuan antara kebenaran Islam dan kebatilan agama lain.

Tulisan itu timbul susulan kenyataan Khalid yang mengutuk NGO yang diresapi fahaman dan semangat kaum serta kebangsaan yang sempit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.