Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya mengakui ada pihak yang memandang rendah terhadap perniagaan syampu jenama sendiri iaitu VLasy yang baharu diceburinya dengan mengaitkan kontroversi-kontroversi yang pernah dilalui sebelum ini.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, dia pelik dengan sesetengah masyarakat yang memandang hina dan suka meletakkan hukum kepadanya sehinggakan perniagaan syampu itu turut dipertikaikan.

“Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha.

“Apa yang yang saya nampak golongan ‘keyboard warrior‘ itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Hanez, masih ada lagi peminat yang memberi komen-komen positif mengenai produk syampu itu malah dia turut mendapat tempahan berulang.

Sementara itu Hanez mengakui dia mula terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kecantikan rambut selepas bermuhasabah diri sejak pelbagai kontroversi mengenai kisah cintanya timbul.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/07/12/hanez-suraya-dihentam/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.