Facebooker Ugut Tembak Mukriz Mahathir, Pemuda UMNO Buat Laporan Polis

Alor Setar – Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerlun hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan seorang pemilik laman sosial Facebook untuk menembak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Ketuanya Ahmad Azhar Abdullah berkata pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap pemilik Facebook menggunakan nama ‘Padi Jantn” itu kerana ugutan berkenaan adalah sesuatu yang serius.

“Saya menyedari kenyataan mengancam Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah itu dalam Facebook semalam (Jumaat).

“Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Padi Jantn sebagai pengajaran kepada individu lain agar tidak melakukan perbuatan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di Alor Setar hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif dan lebih 30 anggota Umno Bahagian Jerlun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.