Bekas Penyanyi Nasyid Raihan, Jelajah Satu Malaysia Pungut Dana Bina Kompleks Tahfiz

Shah Alam – Demi membina kompleks tahfiz, bekas penyanyi utama kumpulan Raihan, Ustaz Nazrey Johari menjelajah ke setiap bazaar Ramadan di seluruh negeri untuk mengumpul dana.

Beliau berniat untuk membina pusat tahfiz yang dinamakan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah.

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam.

Terbaru beliau kelihatan di bazaar Kajang, Selangor. Raihan merupakan kumpulan nasyid yang popular di sekitar awal tahun 2000.

Berdasarkan kelulusan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor, kelulusan telah berjaya dibuat pada 2011 namun ini jelas bahawa Nazrey sehingga kini tidak dapat membina tahfiz itu kerana kekurangan modal.

Usaha mulia beliau ini diharapkan akan menjadi kenyataan dan membuahkan hasil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.