3 Mati Selepas Pulang Dari Tarawih

Bangkok – Seramai tiga anggota polis Thailand maut ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke balai polis selepas selesai menunaikan solat tarawih di daerah Krong pinang di wilayah Yala, semalam.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai baru pulang dari Masjid Ban Ladoo di kampung Sa-eh sebelum diserang hendap sekurang-kurangnya 10 penyerang ketika kenderaan dinaiki mangsa melalui sebuah ladang getah kira-kira pukul 10.50 malam (waktu tempatan).

Difahamkan, polis peronda yang berada berhampiran bergegas ke tempat kejadian selepas terdengar bunyi tembakan dan insiden berbalas tembakan berlangsung lebih 10 minit, menurut laporan Bangkok Post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.