Permohonan kebenaran hina mahkamah Najib terhadap bekas Peguam Negara didengar 19 Ogos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 19 Ogos ini untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh.

Permohonan kebenaran prosiding komital itu difailkan berhubung tindakan Terrirudin yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan yang didakwa tidak mendedahkan Titah Addendum berkait dengan perintah tahanan Najib di rumah.

Hakim, K. Muniandy menetapkan tarikh berkenaan pada prosiding pengurusan kes hari ini.

Pada prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan hadir bagi pihak Terrirudin.

Pada prosiding hari ini, hakim memutuskan bahawa beliau akan mendengar permohonan kebenaran berkenaan kerana ia tidak termasuk dalam perintah Mahkamah Tinggi terdahulu yang menangguhkan semua prosiding berkaitan semakan kehakiman Titah Addendum.

Menurut Muniandy, perintah penangguhan tersebut tidak terpakai kepada permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding komital yang difailkan Najib pada 21 Mei lalu, lapor Utusan pada Khamis.

Perintah penangguhan tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz (kini Hakim Mahkamah Rayuan) pada 28 April lalu bagi memberi laluan kepada Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan rayuan Peguam Negara berhubung Titah Addendum itu.

Terdahulu, Shamsul berhujah bahawa prosiding komital juga seharusnya ditangguhkan kerana ia mempunyai kaitan dengan prosiding rayuan Peguam Negara berkait semakan kehakiman Titah Addendum di Mahkamah Persekutuan dan terikat kepada perintah penangguhan sebelum ini.

Namun Shafee berhujah sebaliknya dengan menyatakan bahawa prosiding komital adalah secara khusus dan berasingan serta belum pernah difailkan di hadapan mana-mana mahkamah sebelum ini.

Menurut beliau, perintah penangguhan tersebut hanya merujuk kepada prosiding sedia ada yang telah dimulakan serta masih belum selesai dan bukan terhadap permohonan baharu seperti kebenaran komital yang difailkan anak guamnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat