Dr Mahathir saran pemandu bas jalani ujian dadah 2 jam sebelum memandu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pemandu bas menjalani ujian dadah 2 jam sebelum pemanduan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sekiranya pemandu yang diuji positif dadah maka dia tidak dibenarkan memandu.

“Ramai driver bas dikatakan guna dadah. Apa kata kalau sebelum memandu bas untuk lebih dari 2 jam, mereka diuji sama ada telah guna dadah atau tidak.

“Jika ada kesan kegunaan dadah, tidak dibenar memandu. Gaji tidak dibayar.

“Kalau marah-marah kerana diuji, juga tidak dibenarkan memandu,” katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, saranan beliau itu akan membangkitkan pelbagai masalah terhadap perjalanan bas.

“Tetapi akan timbul bermacam masalah. Tidak cukup pemandu bas. Bas tidak berjalan.

“Semua ini boleh diatasi,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat