Tun M beri keterangan RCI Batu Puteh pagi ini, gagal singkir pengerusi RCI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini hadir bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, pada jam 10.46 pagi.

Beliau hadir disambut beberapa penyokongnya, termasuk bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Dr Mahathir sebelum ini mengesahkan beliau disapina untuk memberi keterangan kepada RCI berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabat peguamnya, Dr Mahathir berkata, beliau perlu hadir hari ini, lapor BH.

Katanya, beliau dan peguamnya sudah menjangkakan akan dipanggil untuk menghadiri prosiding itu kerana menjadi pihak yang berkait dengan perkara yang dibincangkan RCI berkenaan.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Dr Mahathir bagi menyingkir Tun Md Raus Sharif dan dua yang lain daripada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh.

Hakim Amarjeet Singh juga menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk prosiding RCI dijalankan secara terbuka.

Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan Mahathir untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman sama ada beliau boleh diwakili peguam dalam prosiding RCI yang sedang berlangsung.

Hakim juga menolak permohonan Mahathir untuk menangguhkan pendengaran RCI sementara menunggu pelupusan semakan kehakimannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat