Status keahlian 7 penyokong Anwar akan terima notis dalam masa terdekat – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bersatu akan menghantar notis rasmi berhubung kedudukan enam Ahli Parlimen dan seorang Adun yang bukan lagi ahli parti itu dalam masa terdekat, kata Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami telah menerima laporan mengenai kedudukan enam Ahli Parlimen dan 1 Adun, surat-surat (kepada Ahli Parlimen dan Adun) akan dihantar dalam tempoh sehari dua.

“(Selepas itu) Kami akan memaklumkan kepada speaker Parlimen mengenai kes enam Ahli Parlimen serta speaker DUN Selangor dan Kelantan (babit Adun), ini adalah susulan situasi di Nenggiri,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Perikatan Nasional (PN) malam tadi, lapor FMT.

Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim terdiri daripada Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), dan Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga Adun Nenggiri.

Zahari Kechik (Jeli); Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Sementara itu, Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula menyatakan sokongan kepada pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Muhyiddin menjelaskan pihaknya mengambil masa menyediakan notis berkenaan yang memerlukan perbincangan dengan peguam kerana membabitkan isu teknikal.

“Kami perlu berhati-hati dan yakin setiap langkah diambil teratur, ikut Perlembagaan dan akta anti lompat parti,” katanya yang juga pengerusi PN.

Pada 1 Jun lalu, Muhyiddin memaklumkan 25 Ahli Parlimen dan 58 Adun menandatangani surat arahan khusus Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, seperti dikehendaki dalam tempoh 14 hari berakhir sehari sebelum itu.

Arahan itu meminta semua wakil rakyat menyatakan sokongan kepada parti dan tidak menyokong lawan.

Muhyiddin mengingatkan wakil rakyat parti itu bahawa keahlian mereka akan disifatkan terhenti sekiranya gagal mematuhi arahan MPT.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat