JAKIM tak halang Ustaz Don teruskan berdakwah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, bersyukur tidak dihalang berdakwah selepas perjumpaan dengan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Isnin lalu.

Pengurus kepada pendakwah itu yang dikenali sebagai Ana berkata, Ustaz Don tiada masalah untuk berdakwah walaupun dalam program keagamaan dan kerohanian di televisyen (TV).

“Perjumpaan Ustaz Don dengan pegawai JAKIM berlangsung sangat baik. Malah, tiada halangan untuk Ustaz Don teruskan berdakwah walaupun dalam program TV.

“Bagaimanapun, untuk kemunculan Ustaz Don dalam program Salam Baitullah, kami sedang menanti keputusan pihak tertinggi RTM untuk kemasukan semula itu (selepas direhatkan),” lapor Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Sebelum ini, Ustaz Don dilaporkan ‘direhatkan’ daripada bersiaran di RTM untuk program Salam Baitullah terbitan stesen TV itu susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Keputusan berkenaan dimaklumkan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman melalui perkongsian dibuat beliau dalam hantaran ciapan di laman sosial X pada 5 Jun lalu.

Difahamkan, langkah ‘direhatkan’ itu dibuat RTM selepas Ustaz Don dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Dalam dakwaan dibuat semasa bersiaran di sebuah stesen radio, Ustaz Don mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.

Walaupun mendapat teguran beberapa tokoh agamawan, pendakwah terbabit bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat pembetulan.

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW turut diragui.

Program Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun lalu hingga 17 Jun ini.

Justeru, Ustaz Don yang dipanggil JAKIM dalam pertemuan singkat, baru-baru ini turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ustaz Fawwaz Fadhil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat