Anwar, kamu dapat mandat sebab berkali-kali janji nak turunkan harga minyak – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan bahawa mandat yang diperolehnya kerana berkali-kali berjanji ingin turunkan harga minyak jika kamu diberi peluang mendapat kuasa dan menjadi Perdana Menteri.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mendakwa sekiranya Anwar tidak kisah dimaki berbakul-bakul maknanya beliau seorang yang angkuh.

“Semalam Anwar kata dia tidak kisah atau “I don’t care kalau orang nak maki berbakul-bakul”, sebab dia kata dia ada mandat. Ini adalah suatu kenyataan yang angkuh daripada seorang Perdana Menteri.

“Saya ingin beritahu dia: Anwar, mandat itu kamu telah dapat sebab kamu berjanji berkali-kali ingin turunkan harga minyak jika kamu diberi peluang mendapat kuasa dan menjadi PM.

“Kali terakhir kamu berjanji adalah pada tahun 2022 sebelum PRU-15 bukan tahun 2008. Tapi bila kamu diberi mandat ini oleh rakyat dan kamu dapat kuasa dan jadi PM, kamu mungkir janji malah buat yang sebaliknya iaitu naikkan harga minyak sehingga tertinggi dalam sejarah,” tempelak Isham.

Kata beliau, maksudnya Anwar dapat mandat itu melalui penipuan atau fraudulent.

“Sesuatu mandat yang didapati melalui penipuan atau fraudulent adalah salah, tidak boleh dipakai dan tidak sah. Dalam agama mendapat sesuatu dengan menipu itu tidak berkat dan haram. Ini basic.

“Ini bukan kes kamu dapat mandat dulu tanpa berjanji turunkan harga minyak dan selepas dapat mandat baru kamu naikkan harga minyak.

“Ini kes kamu janji dulu ingin turunkan harga minyak untuk dapat mandat dan apabila kamu dapat mandat kamu tidak amanah dan mungkir kepada janji tersebut malah buat yang sebaliknya.

“Jika kamu tidak kisah dan “don’t care” maksudnya kamu tidak kisah kepada kesusahan rakyat apabila harga barang naik sebab keputusan kamu ini dan akibat kamu mungkir dan tidak amanah kepada janji kamu tersebut dan sekarang kamu kata subsidi itu adalah kononnya “sedekah” kamu kepada rakyat dan bukan hak rakyat seperti yang kamu laungkan dulu. Rakyat bukan minta sedekah kepada kamu, mereka minta hak mereka,” tegas beliau.

Tambah Isham, nanti di peti undi, “kamu jangan minta sedekah kepada rakyat untuk raih undi mereka lagi dengan janji-janji palsu dan penipuan kamu”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat