Pertemuan Bersejarah! Donald Trump dan Kim Jong-un Pertama Kali Berjabat Tangan

SINGAPURA – Senyum sambil berjabat tangan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkongsi detik bersejarah dalam pertemuan julung kali dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Sejurus jam 9 pagi, Trump dan Jong-un berjalan ke arah satu sama lain dan berjabat tangan sebelum Trump meletakkan tangannya di bahu Jong-un, ketika bergambar di hadapan barisan bendera AS dan Korea Utara di Hotel Capella di Pulau Sentosa, Singapura hari ini.

Kedua-dua pemimpin kemudian berjalan seiring ke arah laluan hotel tersebut, bercakap ringkas.

Ini adalah pertemuan pertama antara mana-mana pemimpin negara Uncle Sam dengan Korea Utara, yang sebelum ini mengamalkan sikap yang sangat tertutup.

Pertemuan bersejarah itu diharap dapat mengakhiri permusuhan tujuh dekad AS-Korea Utara serta menguburkan aktiviti senjata nuklear Pyongyang.

Kedua-dua pemimpin dijadual untuk mengadakan perbincangan tertutup kira-kira 45 minit sebelum disertai oleh para pembantu dan makan tengah hari. – Awani

One thought on “Pertemuan Bersejarah! Donald Trump dan Kim Jong-un Pertama Kali Berjabat Tangan

  • June 13, 2018 at 9:44 am
    Permalink

    MUDAH2AN INI ADALAH PERMULAAN YG BAIK BAGI PEMIMPIN KOREA UTARA DAN USA DALAM MENANDATANGANI ISU NUKLEAR YG HANYA MEMUSNAHKAN ALAM SEJAGAT JUGA MEROSAKAN DUNIA INI….ADALAH LEBIH BAIK JIKA SEMUA PEMIMPIN DIDUNIA INI BERDAMAI TANPA PERMUSUHAN YG MENJURUS KEPADA KEHANCURAN DAN KEHILANGAN NYAWA… BILAKAH ISRAEL AKAN SEDAR BETAPA KEJAM RAKUSNYA DIRI MEREKA YG CUMA MENUMPANG SEMENTARA DIBUMI ALLAH SWT INI. NAK TUNJUK KUASA MEREKA ..SAMPAI BILA? PD PENGKHIANAT IS AWAK HANYA ROSAKAN AGAMA ISLAM … AWAK SEBENARNYA PENZALIM KEJAM BUNUH NYAWA YG TIDAK BERDOSA… APA PERJUANGAN AWAK SEBENARNYA YG AWAK SENDIRI TAK PASTI???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.