PBB dan Tiga Parti Sarawak Keluar BN, Tubuh Gabungan Baru GPS

KUCHING – Empat parti tempatan Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak kini membentuk pakatan yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penubuhan GPS diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PBB, di Jalan Bako, di sini, sebentar tadi.

GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam hal berkaitan Sarawak.

Bagaimanapun, GPS tidak akan menyertai gabungan bersama Pakatan Harapan dan akan kekal sebagai pembangkang. – BH

One thought on “PBB dan Tiga Parti Sarawak Keluar BN, Tubuh Gabungan Baru GPS

  • June 13, 2018 at 5:00 pm
    Permalink

    ya baguslah kerana sedikit sebanyak tempias kena pd gabungan ….. dan mereka tidak pentingkan rakyat cuma utamakan diri sendiri ,kroni ,kuncu …lebih baik kalau semua gabungan2 yg ada keluar terus… mereka sudah rosak….. apa apa pun ucapan tahniah kerana membuat keputusan keluar dari umno yg telah rosak………….!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.