Lemang Pak Ali Terus Jadi Pilihan Ramai

KUALA LUMPUR – Setiap kali Ramadan dan Syawal, orang ramai pas-tinya berpusu-pusu ke gerai Pak Ali Lemang Asli di Jalan Lingkaran Tengah 2 berdekatan susur masuk Taman Melawati, Hulu Kelang.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi baru-baru ini mendapati pemilik dan pekerjanya bagaikan tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang tidak putus-putus datang memenuhi premis perniagaan mereka.

Sesuai dengan gelaran diterima Lord of the Lemang keenakan juadah tradisi yang disediakan itu kerana dimasak menggunakan beras pulut, santan, susu dan disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang buluh.

Lebih istimewa lemang itu dibakar menggunakan kayu api daripada pokok getah bagi melembutkan isi lemang.

Pewaris Pak Ali Lemang Asli, Batriah Najib, 39, berkata, gerai menjual juadah tradisi itu beroperasi setiap hari bagi meme­nuhi permintaan pelanggan yang men­dadak serta berganda berbanding hari biasa.

Menurutnya, pada setiap awal pagi mereka sudah sibuk mema­sukkan beras pulut ke dalam buluh untuk dibakar.

Difahamkan, sebanyak 300 batang lemang sehari dibakar mengikut saiz dan dijual pada harga serendah RM12 hingga RM20 sebatang.

Rata-rata pelanggan yang ditemui berkata, kaedah pembuatan lemang secara tradisi menjadi sebab utama lemang Pak Ali terus menjadi pilihan ramai.

Hafizah Ahamad, 31, berkata, dia menjadi pelanggan tetap sejak lima tahun lalu kerana rasa­nya jauh berbeza dengan lemang yang dijual di tempat lain.

Bagi Muhammad Azrai Sabari, 26, pula berkata, sehingga ke hari ini dia masih belum menemui lemang yang setanding Lemang Pak Ali yang enak dengan isi lembut dan berlemak. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.