TPM Mahu Lebih Ramai Golongan Profesional Huffaz Al-Quran

BAGAN DATUK  – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu golongan celik dan hafiz al-Quran dibentuk menjadi pemimpin dan tenaga kerja profesional negara seperti doktor dan jurutera, bukan hanya menjadi imam atau guru agama semata-mata.

Katanya ketika ini negara mempunyai 200 doktor perubatan Islam daripada kalangan hafiz dan hafizah.

“Saya harap selepas ini kita mempunyai peguam, arkitek, jurutera daripada kalangan huffaz.

“Ini adalah penting bagi Malaysia melahirkan generasi yang mampu membangunkan negara yang sejahtera, aman dan harmoni, seterusnya mendapat keberkatan serta pengampunan daripada Allah,” katanya, lapor Bernama.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125,000 huffaz di seluruh negara menjelang 2050 melalui dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.