Tak Boleh Letak Syarat

PULAU PINANG – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa tidak mempunyai hak meletakkan syarat sekiranya rakyat meminta penjelasan tentang sebarang isu di negeri ini.

 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata ini kerana katanya Lim menjadi ketua menteri berdasarkan mandat yang diberi oleh rakyat.

“Bila mandat diberi oleh rakyat, mereka berhak bertanya soalan, lebih-lebih lagi ia bukan direka atau daripada sumber fitnah. Penjualan tanah di Jalan Peel (misalnya), ia benar-benar berlaku.

“Jika ada pihak seperti parti Gerakan kemuka soalan, Ketua Menteri tiada hak minta kemuka deposit, suruh berhenti berpolitik atau letak pelbagai syarat sebelum jawab soalan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini yang menetapkan tiga syarat kepada Gerakan negeri sebagai ‘pertukaran’ bagi mengemukakan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) berhubung isu penjualan tanah Jalan Peel, dekat sini.

Antara syarat tersebut ialah Gerakan Pulau Pinang perlu menyumbang RM1 juta bagi tujuan kebajikan, menarik balik kenyataan bahawa keputusan penjualan tanah di Jalan Peel dibuat secara ‘solo’ serta meminta parti itu menarik diri daripada arena politik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.